Wednesday, October 15, 2014

DAP teruskan sejarah penjajah lupuskan Melayu dari Pulau Pinang


Dari buku-buku sejarah yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah, mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi, sejarah Pulau Pinang hanya bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light, seorang privatier atau sebenarnya lanun yang bekerja untuk Raja Britain di bawah nama Syarikat Hindia Timur menamakan Tanjung Penaga sebagai Georgetown.

Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah dan Francis Light telah berjaya memperdayakan Sultan Muhammad Jiwa setelah berjanji akan memberi perlindungan kepada Kedah daripada serangan Siam dan Burma.

Dengan kata lain, Pulau Pinang sepatutnya menjadi pangkalan tentera laut bagi British dan Syarikat Hindia Timur. Malangnya, ia tidak begitu memandangkan kapal-kapal dalam Syarikat Hindia Timur bekerja secara bersendirian dan mereka tidak mempunyai angkatan tentera sebagaimana yang difahami. Mereka adalah lanun tetapi sentiasa digambarkan sebagai peneroka dan pengasas bandar-bandar besar dunia.

Sebelum kedatangan Francis Light lagi, bahagian pulau negeri itu telah diduduki oleh orang Melayu. Untuk memastikan kuasanya di Pulau Pinang tidak dicabar oleh orang Melayu, Francis Light mula memasukkan lebih ramai Cina ke bahagian pulau.

Orang Melayu mulai dipinggirkan sedikit demi sedikit. Malah demi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi pengkalan lanun Syarikat Hindia Timur, pada 1800 juga menerusi tipu daya Francis Light.

Apabila Syarikat Hindia Timur menyerahkan hak penjajahan kepada Britain, semakin ramai orang Cina yang datang bermastautin di Pulau Pinang. Orang Melayu terus dihalau dan terpaksa berkampung di bahagian ‘belakang’ pulau tersebut.

Manakala bahagian utama pulau yang menghadap ke Tanah Besar, dikuasai sepenuhnya oleh kaum pendatang yang menjadi proksi British.

Itu sejarahnya.

Kini sejarah berulang kembali.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berada dalam genggaman DAP. DAP menjalankan proses menghalau orang Melayu semenjak awal mereka menguasai negeri itu pada PRU12 lalu. Konsep Malaysian Malaysia yang menyebabkan tragedi 13 Mei 1969 tercetus, digunakan secara lebih baik di Pulau Pinang.

Baca seterusnya di MyKMU SINI

No comments:

Post a Comment