Friday, March 6, 2015

Dari tulis pasal demo merepek, baik tulis pasal sukan hari ini


Suatu dulu Unspinners suka ikuti sukan lumba basikal. Suatu masa Perlumaan Le Tour De Langkawi pernah lalu kampong kami.

Dengan ada demo besar2an depan Sogo tak masuk akal hari ini, Unspinners mahu beri promosi buat acara yang pernah diilhamkan Tun Dr Mahathir untuk promosi Pulau Langkawi sebagai destinasi perlancongan.

Kami ambil link dan gambar berikutdari GAP:



FB RASMI LTDL
KLIK SINI






TFK ada menimbulkan isu berikut:

Kecuali beberapa malam sudah, promosi LTDL yang merupakan antara sukan lumba basikal berprestij yang pernah diwujudkan di negara ini, begitu lembab dan langsung tidak kelihatan.

Apa yang sudah berlaku kepada LTDL yang khabarnya hak penganjurannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dan tidak lagi dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia yang sangat bermasalah sehinggakan pembayaran gaji jurulatih pun telah menjadi khabar masyhur di seluruh dunia?

TFK ada menerangkan acara ini:

LTDL Ke-20 akan bermula pada 8 Mac di Langkawi dan berakhir pada 15 Mac di laluan Kuala Kubu-Kuala Lumpur yang bakal juga 'menemukan' Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Kali pertama LTDL diperkenalkan adalah pada tahun 1996 daripada idea Tun Dr. Mahathir.

LTDL walaupun kurang mendapat perhatian tempatan, tetapi di peringkat dunia ia diletakkan sebaris dengan Tour De France, Tour De Italia dan Tour De Spain, tiga siri jelajah basikal dunia ternama. Pada peringkat awal, LTDL begitu mengujakan, tetapi lama-kelamaan kejohanan berprestij itu kurang diperkatakan dan dirasai.

Dengan lebih 20 pasukan profesional akan menyertai LTDL pada tahun ini, hak penyiaran tempatan telah diberikan kepada RTM. Daripada maklumat yang diterima, beberapa stesen penyiaran sukan antarabangsa turut akan menyiarkan LTDL di stesen masing-masing.

 Laluan yang akan digunakan adalah seperti berikut:

8 Mac - Jelajah Langkawi 98 kilometer
9 Mac - Alor Star ke Sungai Petani
10 Mac - Grik ke Tanah Merah
11 Mac - Kota Bharu ke Kuala Berang
12 Mac - Kuala Terengganu ke Kuantan
13 Mac (Jumaat) - Maran ke Karak (perlumbaan dibuat selepas solat Jumaat)
14 Mac - Shah Alam ke Genting Highland
15 Mac - Kuala Kubu ke Kuala Lumpur.

Mungkin bagi yang kurang mencermati, industri sukan, terutama sekali jelajah basikal merupakan antara kaedah yang seringkali digunakan oleh pelbagai negara. Selain daripada untuk industri sukan itu sendiri, industri hiliran utamanya adalah pelancongan.

Laluan-laluan 'klasik' seperti Grik ke Tanah Merah misalnya, akan melalui kawasan hutan yang menjadi nadi negara ini. Beberapa lokasi indah termasuklah beberapa tasik buatan manusia, menyajikan dan menyediakan lokasi pelancongan antarabangsa baru yang boleh diperkenalkan secara tidak langsung menerusi siaran dikeudarakan. Manakala laluan ke Kota Bharu- Kuala Berang dan Kuala Terengganu-Kuantan pula akan menyajikan keindahan pantai serta perkampungan tradisional yang turut boleh menggamit pelancong ke kawasan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah seandainya beberapa negara termasuklah China turut mahu mengadakan jelajah mereka sendiri kerana menyedari potensi penggalakan ekonomi kesan daripada sukan berbasikal itu sendiri.

Lagi baik dari isu demo hari ini...









Kalau ada isu pun, bukanlah di jalan tempatnya.


Tambah lagi, banyak isu ini direka-reka dan diperbesarkan melebehi hal sebenar. Malah tipu daya dan tipu muslihat pun terlibat.

No comments:

Post a Comment