Kami terjumpa dua meme berikut yang mengambil quote dua pemimpin lapisan bawah UMNO diketengahkan. Ia juga releven dalam isu 1MDB.
Tapi apa mereka buat?
Kalau tak tahu serahkan pada pro untuk buat. Keluar duit saja. Kalau tahu buat, dan faham cara permainan psywar terkini, lakukan serangan dan pertahanan dan jangan tunggu-tunggu. Ini orang UMNO dok mengharap agensi kerajaan dan sukarelawan lakukan kerja utama parti sementara program parti hanya hooray hooray.
Nampak macam pengurusan krisis dalam isu 1mdb lemah sekali.
Sebenarnya isu ini mudah saja tapi semua orang UMNO termakan dengan media pembangkang dan pemimpin pembangkang.
Masaalah sekarang adalah cashflow mismatch untuk bolehkan Edra Energy disenaraikan. Bila ada cashflow mismatch, konsepnya di matchingkan saja cashflow.
Pembangkang sudah dijangka akan serang sejak Anwar mula timbulkan isu ini pada tahun 2009/10 kali pertama di Malaysian Insider. Oleh kerana dah dijangka mereka akan serang, kenapa UMNO dan pihak media kerajaan tidak bersedia???
Tun M menegur untuk kita jawab dan jelaskan dengan terang dan nyata. Jangan ada ruang untuk menimbulkan syak dan waham. Sampai sekarang tak begitu jelas.
Komunikasi 1MDB yang dijalankan oleh 1MDB atau pihak lain adalah lemah sekali. Masa ianya isu korporat, puak kita jawab cara politik dan dalam bahasa Melayu. Bila dah jadi isu politik, Arul Kanda masuk 1MDB dan jawab ala korporat.
Macam guna bahasa ayam cakap dengan itek. Komdiannya guna bahasa itek untuk cakap dengan ayam.
Kami tak percaya ada hanky panky.
Ia hanya masaalah cashflow dan timing lari. Itu saja. Masaaalh struktur financing yang kelihatan banyak hutang pun sepatutnya tidak jadi masaalah jika ianya difahami dan ada matching cashflow dan exposure.
Sini kami yakin tak berapa kerat yang faham apa itu 1MDB dan pendekatan pengurusan kewangan yang dibawanya. Tak hairan ada pihak yang bantu komunikasi 1MDB pun tak faham 1MDB. Macam mana nak buat komunikasi?
Ada kata risiko.
Aset RM51 billion boleh cover RM42 billion hutang. Tengok aset tanah untuk Razak Exchange. Cari jumlah keluasan dan kali dengan 1,000 psf sekurang-kurangnya. Tambah dengan tanah Bandar malaysia. Yang tahu cara property developer congak, mereka tahu ianya berharga dan mungkin ada pihak jahanam dan serang 1MDB untuk dapatkan tanah itu.
Tak heran ada yang dibayar IPP untuk serang juga sebab lama-lama nanti akan hanya 1mdb dan tnb saja pegang IPP. dua2 gomen punya dan keuntungan boleh menafaatkan rakyat. Kalau ada msaalaah sekarang pun, tak ada masaalah untuk diselesaikan.
Mereka kini sedang mainkan isu Jho Loh, anak rosmah riza dan dealing mereka. Ada ke duit 1mdb digunakan?
Lantaklah mereka nak party dan cemolot dengan pelakun-pelakun hensem dan cantik Hollywood. Adakah perniagaan mereka ada mengambil duit 1MDB atau duit kerajaan? Adakah perniagaan mereka diluar negara melibatkan undang-undang dalam Malaysia? Mestilah bukan urusan Malaysia!!!
Kononnya Sarawak kata Jho Loh guna duit 1mdb untuk ambilalih UBG.
Masaalahnya Sarawak report ini pembangkang dan banyak kali salah dalam tuduhan. Pernah ditangkap manipulasi gambar dan fakta. Kuat menipu. Sapa percaya Sarwak Report dan Malaysia Insider memang mangsa yang rela ditipu. Oleh itu berhati2 dengan laporan puak-puak ini.
Kalau Jho Loh tidak libatkan duit 1mdb, ianya tiada isu. Siasatlah Jho Loh dan juga anak Rosmah. Please ... siasat. Jika tiada isu, katakan tiada isu.
Jawab persoalan ini dan bukan main peribadi dan hujah ala kampong |
Kami malas nak main sangat isu 1mdb kerana takut nanti membantu ada pihak yang mahu Tun M gaduh dengan Dato Najib. Teguran Tun M dikatakan tak menguntungkan UMNO tapi DAP.
Ada betul kerana bila dia mula main isu peribadi Jho Loh dan Riza Aziz berdasarkan laporan Sarawak report, itu dah over.
Malah ada berhujah Tun M patut berdiam diri jaga cucu.
Itu hujah politik tahap orang kampung di bawah PAS Kelantan dulu-dulu yang mana orang kampong dah tak berfikir sedemikian lagi.
Mereka sudah mula menghayati keterbukaan. Mereka faham hal pentadbiran atau mana-mana isu tidak patut dipolitikkan tapi dijelaskan.
Ada trend sedang berlaku di mana rakyat mahu isu dibincang dari perspektif isu dan tidak dicampur aduk dengan politik. Petunjuknya adalah bila rakyat dah tak mahu lagi demo-demo, baik demo pembangkang atau demo pro kerajaan; parti atau NGO.
Maka Tun M atau mana-mana rakyat tak boleh tak tegur. Tiada lagi isu mereka dah tidak berkedudukan dalam parti dan dianggap kecewa maka tak layak membincangkan isu. INi satu lagi hujah favourtite ala kampong.
Memang perlu ada kasi check and balance pada kerajaan.
Ada pula kata bila dapat ini itu dari kerajaan maka perlu diam dan akur ikut saja apa kerajaan cakap. Tak boleh tegur kerajaan.
Rasanya pihak-pihak yang berhujah seperti gini adalah mereka-mereka yang tinggalkan kampong lama dan ingat mentaliti orang kampong macam pemikiran kampong yang kekal dalam sanubari mereka. You can take Ali out of the kampong but you cannot take kampong out of Ali.
Yang nak menjawab tak boleh juga defend atas alasan politik. Jawapan cara politik adalah cetek, lemah dan manipulated. Contohnya isu tak dijawab dengan jelas lalu kononnya mahu korek cerita lama Tun M yang dimainkan pembangkang.
Dulu kita pertahankan tapi kini kita pula ikut hujah pembangkang sebab alasan nak defend boss. Tak konsisten juga. Itu dah sama macam kata kritikan Tun M tidak munasabah dan membantu menguatkan DAP.
Betul-betul cakap. Baik Kadir Jasin and the gang mahu pun ada pihak lain bogel membogelkan sesama sendiri hanya membantu DAP berkuasa. Dua-dua pihak yang kononnya nak pertahankan UMNO hanya membantu DAP lagi berkuasa.
Isu ini perlu bijak ditangani. Masaalahnya isu ini menjadi leceh nak ditangani kerana macam ada pihak nak laga-lagakan Dato Najib dan Tun M.
Harap Dato Najib jelaskan dan bukan nafi2 seperti yang dibuat oleh pengurusan 1MDB. Saman sapa yang patut disaman. Selagi kita berdiam, mampus kita disiang.
Dahlah blogger tak ada maklumat nak lawan. Q&A dan skrip yang diberi tak tepat dan tak menghentikan kritikan.
Setakat cari salah mereka yang mengkritik atau pembangkang yang menyerang tak cukup sebab pihak 1MDB dah biarkan hingga keadaan yang susah nak defend dan orang tak mahu percaya dengan jawapan yang diberi.
Dah kelihatan macam isu Scorpene, Altantunya dan NFC yang lambat sangat dijelaskan hingga orang sudah tak percaya apa sekali penjelasan yang diberi. Malah isu yang sudah terjawab boleh diungkit balik bila-bila.
Ulang tayang kerja leceh. Kena cari balik ...
No comments:
Post a Comment