Thursday, March 19, 2015
DAP takut polis jumpa sebab sebenar kematian Teoh Beng Hock
Pada September 5hb 2014, Mahkamah Rayuan yang dikomen pemerhati sebagai pro pembangkang telah membuat keputusan "memerintahkan polis menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, lima tahun lalu." Baca di MyKMU SINI.
Pada Selasa baru-baru ini, IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock akan dibuka semula dan Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut berikutan arahan Jabatan Peguam Negara.
Ketika inilah DAP buat perangai untuk membuat pelbagai tunjuk perasaan seperti dilaukan hari ini.
DAP mengadakan demo bantahan untuk keadilan Beng Hock tahun ke-5 di hadapan pejabat SPRM, Wisma PKPS, Shah Alam. Sebanyak 50 orang hadhir termasuk Teo Nie Ching, Ronnie Liu, Saari Sungip, Lim Lip Eng, V. Paparaidu, Pengerusi DAP Kota Raja/ ahli majlis MBSA dan keluarga Teo Beng Hock.
Kesegeraaan mereka berdemo hanya menimbulkan kecurigaan. Asal pihak berkuasa perlu melakukan apa-apa perlu, mereka akan mengenakan tekanan politik. Mereka akan cuba persoal kenyataan dan keputusan sesiapa dan mana-mana pihak yang menyuarakan sesuatu yang mereka tak mahu dengar dan diketahui ramai.
Malah dari mula Teoh Beng Hock terbunuh, mereka cuba mengelak agar polis menyiasat dna ada pihak tak ada telor di atas setuju lakukan royal enquiry yang hanya melambatkan siasatan. Akhirnya polis juga diarah siasat.
Apa yang mereka mahu tutup?
Rasanya pihak DAP takut tembelang mereka terbarai. Ronnie Liu dan bekas councillor Kajang Tan boon Hwa pasti tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment