Friday, March 20, 2015

SPAD masih mengawal tambang teksi dan bas ditahap berpatutan


SPAD baru umumkan kenaikkan tambang bas dna teksi. Tambang berikut seperti berikut:


Dari segi politik, kenaikkan tambang teksi dan bas dikatakan tak sesuai masa untuk diumum ketika GST akan bermula April 1hb ini.

Namun jika difikirkan baik-baik, ini juga peluang untuk mengambil hati rakyat pengusaha teksi dan bas yang terpinggir sebab kenaikkan terakhir adalah tahun 2009. Ketika PRU13, kerajaan tahan kenaikkan kerana tak mahu rakyat marah.

Bila nak dikaji semula dna naikkan, muncul pula bencana banjir Kelantan. Setelah keadaan reda, inilah masa yang sesuai untuk disegerakan. Malangnya ia bersama dengan mulanya GST.

Jika mahu diambilkira politik, pengusaha teksi untuk pengangutan awam saja melibatkan 60,000 pemandu seluruh Malaysia. Pada PTU lepas, ramai antara mereka tak puashati lalu sokong pembangkang dan bekerja jadi penyebar maklumat pembangkkang.

OLeh itu, cuba kita hayati masaalah mereka. Baca ABITW SINI.

Rata-rata kenaikkan harga barang sudah jauh banyak hingga operator bas dan teksi sudah tak upaya 
untuk menampung dari upah yang sedikit.



Orang ramai mahu kualiti yang lebih bermutu dan penguatkuasaan yang lebih ketat tapi tidak adil jika upah tidak bersesuaian dengan kenaikkan barang. BUkan salah pengusaha teksi dan bbas di atas kenaikkan barang. Polisi itu bukan mereka tentukan.



Peniaga dan ahli perniagaan boleh naikkan harga sesuka hati mengikut pasaran terbuka tapi merek atak boleh. Fikirkan SPAD masih ada lagi. Jika tidak dikawal dan bendung, tambang boleh jauh lagi mahal.

Baca Harapan Esok di SINI dan SINI

Lihat saja di negara-negara maju, tambang teksi sangat mahal. Malaysia masih murah berbanding negara lain . Sebahagian sebabnya adalah ia masih diperlukan untuk pengangkutan awam dan mod yang ada belum mencukupi.

Satu masa tambang teksi pun akan jadi lagi mahal dan perkhidmatan itu lebih eksklusif dan mutu tinggi. 

No comments:

Post a Comment