Sunday, March 8, 2015

Rosmah nak undur dari apa, bingai?


JIKA dibenar memilih mana satu paling bodoh diantara banyak benda bodoh yang berlaku dalam perhimpunan haram #kitalawangagal semalam, penulis memilih penggunaan placard “Rosmah Undur” yang digunakan hampir separuh dari bingai-bingai yang dibayar untuk membawanya.

Rosmah nak kena undur dari apa, bukannya beliau berjawatan dalam kerajaan pun?  Tapi inilah antara banyak kebodohan yang berlaku dalam perhimpunan yang tidak dapat sambutan petang tadi, selain menyusahkan pengguna jalan raya dan peniaga sahaja.

Kebanyakan orang yang penulis lihat lebih ketawakan yang itu, bukan peduli sangat pasal Anwar pun.  Kepala sperma dah jumpa dalam rektum, nak cerita apa lagi?  Kalau diletak (DNA), siapa yang letak dan dari mana kepala sperma itu diperolehi untuk diletak dalam rektum Saiful?

Ini semua tidak ada jawapan.

Jadi bila nama Rosmah dijaja dalam perhimpunan membela peliwat seperti Anwar, satu sahaja jawapannya, nama Anwar sudah terlalu busuk untuk dibuat apa-apa lagi.

Konsepnya, tak dapat nak suci kan yang ini (Anwar), burukkan yang itu (Rosmah).

Dalam mana-mana rekod, tidak ada perjumpaan Saiful dengan Rosmah, kalau ada sila tunjukkan di mana.  Bohong saja siapa yang kata Saiful pernah berjumpa dengan Rosmah.  SAMM yang buat tuduhan itu dalam booklet yang diedarkan hari ini adalah pertubuhan yang tidak didaftarkan, kalau tidak, dah jenuh kena saman.

Oleh yang demikian, jelas tidak ada alasan sama sekali untuk nama Rosmah dibabitkan tapi kalau dah bodoh, apa yang tak terjangkau dek pemikiran kita, tak jadi mustahil pada puak-puak ni.

MyKMU

No comments:

Post a Comment