Monday, March 23, 2015
Kuan Yew baru mati, DAP berpecah dan Kit Siang sertai BN?
Dengan Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan, pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang, mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia", yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.
Sambil menyifatkan senario politik Malaysia sebagai "no man's land", veteran DAP itu berkata ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru.
Ini katanya, mestilah dengan syarat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparlimen oleh PAS.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.
Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".
Baca sepenuhnya di Utara News SINI
Adakah "no man's land" yang dikatakan Kit Siang disebabkan oleh Pakatan berpecah akibat tentangan mereka terhadap hudud yang dibentangkan PAS? Baca kekecewaan disebalik kemarahan Zairil SINI.
Atau sebab DAP akan berpecah dari DAP Sabah dan Sarawak ekoran DAP Sabah dan Sarawak terpaksa kerat hubungan dengan DAP Semenanjung untuk survive? Baca ABITW SINI
Atau ada timbul ura-ura Azmin nak lompat dan pembatalan air hanya wayang kulit?
Atau khabarnya ada orang lama sedang berperanan..
Jika Kit Siang mahu pertahan perlembagaan, sila akui artikel 153 dan kontrak sosial baru asli. Mungkin Kit Siang sedih dan kini meracau Kuan Yew sudah tiada.
Lim Guan Eng pun gagsl sebagai pemimpin. Isteri pun tak boleh kswal. AKhir hayatnya dia gagal!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment