Mungkin dia kontraktor yang sudah dijanjikan projek buaikan mimpi rakyat Kelantan oleh Dato Husam Musa. Barangkali, dia juga orang yang mengilhamkan skim cepat kaya dari kumpulan derma untuk adalah lebuhraya percuma.
Pastinya tuan punya Porsche Panamera mengharap impian itu dapat jadi kenyataan supaya kereta sport jenama hebat itu telah dibeli untuk dirasmikan di atas lebuhraya tersebut.
Buat setakat jalan yang ada dari Kota Baru ke Kuala Krai atau Tanah Merah, memandu kereta kuasa tinggi itu tak puas sebab tak boleh ke tahap maksima di jalan dua hala yang sibuk.
Bayangkan porche Panamera sedang dipandu di Lojing yang togel |
Lagi pun, tak kena untuknya empunya Porsche Panamera dilihat memandu kereta mewah dengan imaj Tok Lebai moden yang menjaja Islam. Sekali-sekala dipandu juga kereta sport itu supaya tak rosak akibat terpendam tak jalan dengan dipandu di jalanraya yang orang ramai tak akan lihat dia memandu.
Apabila balik ke kampong, tuan punya Porsche Panamera hanya pandu kereta buruk biasa.
Satu hint yang boleh diberi untuk teka siapa orangnya adalah dia rapat dengan Tok Guru. Malah dikatakan dia punya rumah kampong biasa tak mewah di dalam kawasan Cempaka kawasan DUN arwah Tok Guru Nik Aziz untuk orang ramai datang berkunjung jumpa dia.
Oleh sebab dia rapat dengan Tok Guru dan orang ramai lebih selesa dan terbuka untuk menyuarakan hajat kepadanya maka ramai yang datang hingga dia dipercayai ada ramai pengikut setia di DUN Cempaka.
Namun begitu, diakhir-akhir hayatnya tuan punya Porsche Tanamera ini agak kecewa kerana dihalang untuk menzirahi Tok Guru.
Kekecewaannya dihebahkan kepada pengikut-pengikut dan mereka-mereka yang datang mengunjung ke rumahnya. Diberitahu bahawa anak Tok Guru Nik Abduh sebbagai berhati jahat dan menghalangnya untuk bersama Tok Guru di akhir hayatnya.
Sebaik mengetahui calun PAS untuk gantikan Nik Aziz diambil dari kumpulan Ulamak yang mana Nik Abduh sebahagian fraksi tersebut, tuan punya Porsche Tanamera ini menghasut supaya sabotaj tak payah pergi mengundi. Katanya PAS mesti menang tak usah risau mengundi.
Calun PAS Ustaz Farhan memang menang sebagaimana dijangka oleh PAS, UMNO yang tak tanding dan juga calun-calun bebas yang bertanding. Majoriti tetap tinggi:
# PAS : 10,402 (86%)
# BEBAS (GAJAH) : 750 (6%)
# BEBAS (KUNCI) 58 (0.5%)
# BEBAS (BUKU) : 8 (0.1%)
# BEBAS (PEN) : 32 (0.3%)
JUM. PENGUNDI : 21,890
JUM. KELUAR : 11,971 (54%)
MAJORITI : 9,652
Namun begitu, menjadi persoalan adalah undi majoriti Ustaz Farhan hanya 10,899 berbanding undi majoriti Nik Aziz sebanyak 12,310 pada PRU 13. Mana pergi lebihan majoriti 1,411?
Pasti orang biasa yang tak tahu menilai akan kata undi majoriti untuk Farhan tak boleh sama atau melebehi Nik Aziz yang lebih hebat. Lagi pun, yang keluar mengundi hanya 54% saja. Ramai pengundi luar tak pulang.
Fikir juga bahawa pengundi UMNO tak keluar mengundi. Jumlah itu banyak sekali hingga peratusan mengundi menjunam. Malah pengundi askar pun hanya 35% yang keluar.
Unspinners andaikan askar ini kemungkinan undi pada PAS sebagai mengenang Tok Guru dan UMNO pun tak ada calun untuk diundi. Oleh kerana UMNO baru sokong hudud di DUN Kelantan, kami meneka mereka selesa untuk undi PAS.
Jika dicongak balik, sepatutnya majoriti undi untuk calun PAS patut kekal di tahap majoriti sama atau lebih dari majoriti Nik Aziz sebanyak 12,310 pada PRU13. Ini hanya menunjukkan ramai pengundi tempatan PAS yang tidak keluar.
Penyokong Nik Aziz di Cempaka wala dengan pemimpin dan mereka lihat mengundi sebagai tanggungjawab besar yang tak boleh diambil cuai. Semua penyokong setia yang berada di Cempaka pasti keluat 100% melainkan mereka yang sabotaj.
Mungkinkah akibat benci yang ditanam terhadap Nik atas hasutan tuan punya kereta sports mewah Porsche Panamera yang menyamar macam orang biasa ini maka lebih 1,400 penyokong PAS tak keluar mengundi?
Bagi calun gajah, jumlah akhir mereka ada 807. Boleh tahan untuk calun yang dirinya dan tanpa parti tidak ada jenama untuk menang. Tanpa sampul, biskut dan dengan hanya beberapa rakan dia dari Perkasa yang calun telah letakkan jawatan, dia berjaya juga perolehi 800 undi.
Gajah mampu beri saingan dengan program-program ceramah yang berjaya menarik ratusan pengundi. Ini secara tidak langsung menjadikan pas lebih prihatin dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat cempaka selepas ini.
Rakyat Tanjung Kuala diharap bakal mendapat kemudahan jeti yang dijanjikan oleh PAS tidak lama lagi atas keperihatinan dan kebijaksanaan Perkasa menarik perhatian pimpinan PAS untuk menjanjikan jeti baru untuk nelayan-nelayan.
Syabas Gajah kerana membuka mata rakyat biasa akan perlunya guna kuasa politik dengan bijak dan bukan setia membabi buta!!!
No comments:
Post a Comment