Sunday, March 29, 2015

Pelbagai pihak kata LGE tak patut ... PAS keluar PR hari ini?


PAS bakal membuat satu keputusan berhubung kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada hari Isnin ini (esok) berikutan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. 

Kenyataan tersebut diumumkan Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika mengulas mengenai tindakan Guan Eng yang telah menyebabkan DAP Sarawak mengambil keputusan mengejut keluar daripada PR berkuatkuasa serta merta pada 27 Mac baru-baru ini.

Mujahid berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Abdul Hadi kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan ahli PAS memandangkan beliau merupakan pemimpin tertinggi di dalam parti dan dan dianggap sebagai seorang ‘bapa’ kepada penyokong-penyokong PAS.

Baca di Utara News SINI


Perkembangan terbaru menyaksikan DAP hanya mahu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan bukan nya dengan PAS keseluruan nya. Mana ada hubungan sedemikian di buat oleh mana mana parti di dunia ini.

Agak nya cakap cakap yang menunjuk kan DAP menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat  dan Vice versa hanya lah sandiwara semata mata. "Nampak tak Lojik" kata Datuk We Ka Siong bila di tanya berkenaan pergeseran PAS dengan DAP.

Baca sepenuh di Chulan SINI


DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu PAS mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Setiausaha Organisasi DAP Kedah Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Lim itu sebagai terburu-buru.

Baca seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment