Saturday, March 7, 2015

Anwar hanya penting diri, #Kitalawan tak peduli rintihan rakyat


Kita lawan tidak guna akal langsung

FMT Reporters | March 7, 2015

Perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis menyebabkan persembahan mereka terpaksa dihentikan lebih awal.

kitalawanPETALING JAYA: “Mereka tidak guna akal langsung,” luah seorang penyanyi jalanan yang marah dan kecewa dengan tindakan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan demonstrasi haram di depan Sogo KL.

Beliau antara beberapa pemuzik jalanan sedih dan cukup kecewa kerana tempat cari makan mereka terus dijadikan kawasan demonstrasi oleh parti-parti pembangkang saban hujung minggu.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo itu kononnya untuk membela dan membebaskan Ketua Pembangkang telah menyebabkan periuk nasi pemuzik jalanan bagaikan ‘ditabur dengan pasir’.

Seorang pemuzik jalanan yang ditemui berkata, perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis itu menyebabkan persembahan mereka terpaksa dihentikan lebih awal pada hari ini.

“Pendapatan pemuzik jalanan seperti kami bergantung harap sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan kami sangat sedih apabila parti-parti politik ini asyik mengganggu kami,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata, “Baru pagi tadi datang ke sini. Sekarang terpaksa tutup sebab peserta demonstrasi semakin ramai mengerumuni kawasan berhampiran Sogo yang selalunya menjadi tempat orang ramai membeli-belah dan bersantai.”

“Kami geram melihat perbuatan mereka yang tidak guna akal langsung,” katanya ketika ditemui di hadapan Sogo.


Semalam para peniaga sekitar kawasan Sogo membuat laporan polis sebagai membantah himpunan Kita Lawan yang dikatakan akan mengganggu perniagaan harian mereka.

Para penyokong yang berpakaian hitam mula membanjiri kawasan itu seawal 1 tengah hari tadi.

Seorang lagi peniaga turut marah dengan tindakan para penyokong yang mengganggu orang ramai serta penjaja yang mencari pendapatan di hujung minggu.

“Orang ramai suka meluangkan masa setiap cuti hujung minggu. Tetapi sejak Sabtu lalu demontrasi ini menganggu bisnes kami.

“Semalam saya difahamkan laporan polis dibuat oleh peniaga kawasan sini bagi membantah perhimpunan ini. Tapi mereka ini berani dan tidak mempedulikan hak orang lain malah sanggup musnahkan pendapatan harian kami,” keluhnya.


Bolehkah rakyat nampak bahawa puak-puak ini bukan peduli isu-isu dan prihatin sangat hal rakyat jika demo di tempat yang tak jejaskan periok nasi orang seperti di stadium dan padang merbuk supaya lebih aman pun mereka ENGGAN?

Fikirkan ...

No comments:

Post a Comment