KUALA LUMPUR, 10 Feb- Ketidak hadiran pemimpin utama Pas serta sokongan ahli parti Islam itu menjadi tanda tanya media. Yang kelihatan hanyalah sepanduk Pasma iaitu NGO serpihan Pas.
Jika sebelum ini ketika kes ini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Hadi dan ulama-ulama Pas turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar.
Hanya kelihatan di Istana Kehakiman hari ini ialah pemimpin Pas yang dilihat pro Anwar antaranya, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad .
Baca sepenuh SINI
Memetik dari Utusan Malaysia:
Kelangsungan kepemimpinan ulama dalam Pas kini menjadi tanda tanya selepas komplot terancang untuk menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didalangi pemimpin kanan parti itu didedahkan semalam.
Tambah menimbulkan persoalan apabila kumpulan yang dilihat pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam perbualan di laman sosial WhatsApp mengesahkan, mereka sudah menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Malah, nama Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dikaitkan secara terbuka oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim sebagai penggerak utama usaha menggulingkan Abdul Hadi.
Rentetan dakwaan tersebut, Fadhli hari ini memuat naik di laman sosial Facebook miliknya cetakan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai arahan Mohd. Hatta agar ‘menyerang’ kumpulan ulama.
“Belasah cepat wei!!,” dakwa Mohd. Hatta dalam maklum balasnya terhadap perbincangan yang dipercayai merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
Semalam, Fadhli mendakwa kumpulan yang diterajui Mohd. Hatta cuba menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dengan memburukkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kelangsungan-kepemimpinan-ulama-pas-jadi-tanda-tanya-1.57957#sthash.sSd1KNES.dpufMalah, nama Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dikaitkan secara terbuka oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim sebagai penggerak utama usaha menggulingkan Abdul Hadi.
Rentetan dakwaan tersebut, Fadhli hari ini memuat naik di laman sosial Facebook miliknya cetakan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai arahan Mohd. Hatta agar ‘menyerang’ kumpulan ulama.
“Belasah cepat wei!!,” dakwa Mohd. Hatta dalam maklum balasnya terhadap perbincangan yang dipercayai merujuk kepada Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan.
Semalam, Fadhli mendakwa kumpulan yang diterajui Mohd. Hatta cuba menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dengan memburukkan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, dakwaan yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan pemimpin-pemimpin kanan yang menganggotai pasukan gerak saraf parti.
Menurut beliau, siasatan perlu dijalankan terhadap dakwaan yang dilampirkan dengan akuan berkanun serta salinan cetakan skrin perbincangan ahli-ahli pasukan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.
“Bukti-bukti tersebut menggambarkan rancangan dan strategi termasuk untuk memfitnah serta menggulingkan Abdul Hadi, mensabotaj keputusan beliau dan Majlis Syura Ulama serta melakukan perang psikologi terhadap Istana Selangor.
“Dakwaan ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh ditepis dengan kenyataan mudah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendedahkan tentang komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama.
Beliau mendakwa, komplot jahat yang digerakkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai Pas.
Difahamkan, pasukan gerak saraf Pas itu dikendalikan oleh Mohd. Hatta dan Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat Pas, Aiman Athirah Aljundi.
Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas menambah, penafian Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tentang kewujudan komplot berkenaan tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan yang dikemukakan Fadhli.
“Penafian dua pemimpin kanan Pas itu dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru’ kerana dakwaan dibuat dalam akuan berkanun dan setiap helai salinan cetakan skrin ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah,” ujarnya.
Baca sepenuh SINI
Dari komen dua penganalisa politik SINI, nampaknya ada serangan oleh pihak Erdogan/Anwarinas yang liberal serta pro Anwar untuk menggulingkan Haji Hadi.
No comments:
Post a Comment