Monday, February 9, 2015

Nasib Anwar terletak pada bukti DNA atau ada deal lain?


Setakat testimoni Gopal Sri Ram dan Surendran, ia tidak ada isu langsung. Keterangan konspirasi dan dibbuat di dalam kandang saksi tidak membawa apa makna langsung.

Massuk atau bebasnya Anwar terletak pada bukti DNA. Setakat apa yang telah dibentangkan DNA dari semen yang mengandungi sperma Anwar di 4 cm dalam dubur Saiful adalah DNA sma dengan barang yang ada kesan Anwar ketika di dalam lokap.

Adakah mahkamah akan terima hujah pembelaan dalam mempersoalkan kredibiliti saksi-saksi, bahan-bahan, proses dan prosedur, analisa, testimoni pakar pembelaan dan lain-lain isu yang semuanya berusaha untuk menimbulkan keraguan.

Hujah-hujah DBA di mahkamah persekutuan telah dibawa oleh anak-anak mendian Karpal SIngh iaitu Ram Karpal dan Sangeet Kaur. Dari rekod mahkamah, ternyata keedua-dua mereka telah dipersoalkan oleh pihak hakim-hakim.

Baca HUJAH PENTING DNA DITOLAK HAKIM DALAM MAHKAMAH.

Jika keraguan itu cukup untuk mempersoalkan hasil kajian yang mengatakan DNA lelaki Y sama dengan DNA Anwar, maka bebaslah Anwar.


Jika tidak cukup meragukan, masuklah Anwar. Baca 12 SEBAB ANWAR BOLEH MASUK PENJARA dan ANWAR DAN WAN AZIZAH TAHU ADA 10 SEBAB PASTI MASUK

Jika ada deal, lain cerita la .... maknanya mahkamah yang begitu adil pada pembangkang sebenarnya korup atau ada kuasa asing masuk campur dalam proses mahkamah

Menurut Zul Nordin di SINI, tidak mungkin

Kita serahkan pada mahkamah dan Dr Mahathir pun kata apa sekali keputusan kita kena terima.

No comments:

Post a Comment