Wednesday, February 25, 2015
Helah untuk campurtangan antarabangsa
Sungguh pelik sekiranya kita amati apakah agenda sebenarnya petisyen pengampunan diraja dikemukakan memandangkan tempoh Anwar dipenjara lebih singkat berbanding hukuman pada 1998.
Sepanjang perbicaraan kes liwat 2 ini, dunia antarabangsa telah seringkali dilibatkan secara langsung dan lebih agresif lagi berbanding kes liwat 1.
Ia boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha berterusan bagi menghakis kepercayaan antarabangsa terhadap keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan negara.
Impak kepada tindakan ini bakal mendorong campurtangan antarabangsa secara langsung/tidak langsung di bidang-bidang kerjasama strategik dan hubungan antarabangsa seperti kerjasama ekonomi, diplomatik dan sebagainya.
Mengimbas kembali krisis Menteri Besar Selangor, isu pengampunan di raja ini seolah memiliki persamaan jalan cerita di mana sewaktu krisis MB Selangor, Anwar sebagai suami memainkan peranan utama antara istana-Wan Azizah. Sebaliknya bagi isu pengampunan ini, Wan Azizah pula yang memainkan peranan utama antara istana-Anwar.
Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment