Tuesday, February 10, 2015

Alahai Poji Bulat ... tak ada isu; Boleh jangka Anwar masuk!!!


PMO dah ada dua set untuk siarkan. Baca MD SINI

Kalau masuk, keluarkan yang ini. Kalau lepas, keluarkan satu lagi yang kata semua pihak mesti terbuka terima keputusan dan mahkamah telah jalankan tugas.

Semua orang tahu Anwar masuk. Ikut kes mesti masuk. Ikut deal, keluar. Maknanya PM takde deal, maka dah TENTU MASUK!!!

Baca posting lama tentang khilaf hakim di SINI

Hakim pun 5-0 beb. Campur tiga 0rang di Mahkamah Rayuan 8-0, tolak Hakim Mahkamah Tinggi yang takde telor keputusannya ...

8-1

Abenda nak buat isu????

Baiklah kalau tak puashati juga bebal bebal ni deangan jawapan ini, sebenarnya Saiful Bohari yang tuliskan. DIa dah sedia 7 tahun dulu dengan kenyataan ni.

DIa dah tak sabbar nak siarkan.

Heheheh ... baca kenyataan Saiful:

Keputusan Mahkamah Persekutuan buktikan saya benar - Saiful Bukhari

SELASA, 10 FEBRUARI 2015 - 4:40PM

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwatnya tujuh lepas, membuktikan beliau berada di pihak yang benar.

Mohd Saiful, dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, berkata beliau dan keluarganya menghormati keputusan mahkamah hari ini.

"Doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun. Pada hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang 'credible'," katanya dalam blog itu hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Mohd Saiful berkata, sejak tujuh tahun lepas, dari mula beliau membuat laporan polis sehinggalah ke saat ini, apa yang beliau mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah supaya aduannya terhadap perlakuan Anwar ke atasnya disiasat dan diadili.

"....tidak lebih dari itu. Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti," katanya.

Mohd Saiful turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersamanya selama ini, secara langsung atau tidak langsung.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment