Monday, March 2, 2015

Isteri CM, Betty Chew ada kaitan dengan projek Bukit Botak


Kisah disebalik Betty botakkan lambut rupanya ada kaitan dengan satu projek di Bukit Relau yang juga dipanggil Botak Hill.

Ia berkait dengan Tan Sri Dato Tan Ko Ping yang merupakan Pengerusi Dewan perniagaan cina Pulau Pinang yang mana telah melantik Betty Chew, isteri Lim Guan Eng sebagai salah seorang anggota pengarah untuk hal ehwal hartanah.


Hmm ... Isteri CM dilantik jaga hartanah. Inilah sebabnya ....


Perbicaraan saman Lim Guan Eng ke atas FMT di Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini mendedahkan satu perkara yang selama ini cukup disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

LIM GUAN ENG ADALAH KEPALA PENCEROBOH HUTAN DAN PENGGONDOLAN PUNCAK BUKIT!!!

Pendedahan berhubung pembabitan Tan Kok Ping secara langsung dengan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng telah didedahkan sebelum ini (BACA DI SINI) dan DI SINI.

Kes pencerobohan Botak Hill atau Bukit Relau telah menimbulkan kontroversi dan kritikan keras ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas penggondolan puncak bukit.

Malah semasa hidupnya, Karpal Singh sendiri pernah membangkitkan perkara tersebut dan Lim Guan Eng dengan segera menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu walaupun pencerobohan dan penggondolan tersebut berlaku pada zaman pentadbirannya.

Siasatan mendapati, penggondolan tersebut dilakukan oleh syarikat milik Tan Kok Ping, konco utama Lim Guan Eng yang turut diberikan hak menguasai hartanah dan tanah di seluruh Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Pada Julai 2013, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang telah mendenda GASB, sebuah syarikat hartanah yang mempunyai kaitan dengan Tan Kok Ping sebanyak RM30,000 kerana melakukan kerja-kerja tanah haram di Bukit Relau di Jalan Bukit Gambir, Gelugur semenjak Mei sekaligus mewujudkan kawasan 'botak' di Bukit Relau.

Bukit Relau kemudiannya bertukar nama menjadi Botal Hill selepas itu.

Salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Tan Sri Dato Tan Kok Ping, JP. yang juga merupakan Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang. Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Pulau Pinang itulah juga yang telah melantik Betty Chew ke jawatan yang ada kaitan dengan hartanah, sekaligus menunjukkan bagaimana Betty Chew menjadi agen pemungut komisyen untuk Lim Guan Eng.

Sepenuh di Bulletin Sengal SINI

No comments:

Post a Comment