Wednesday, March 4, 2015

Kebijaksanaan Adenan Satem membalas tuba Azmin dengan madu


Semalam pagi Azmin Ali di escort polis rider dari hotel Grand Continental ke Wisma Bapa Malaysia untuk berjumpa Ketua Menteri Sarawak.

Dalam ceramah dan kempen-kempennya di Sarawak sepanjang 'lawatannya' itu, Adenan Satem disifatkannya sebagai tidak berakal. Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramahnya di sana ialah 'Menteri di Sarwak, habis tanah dirampas."



Namun di sebalik pelbagai kata-kata fitnah dan hasutan, Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri Sarawak. Dia disambut dengan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri berserta dengan anggota polis trafik sebagai penggiring.

Walaupun Azmin bukan tetamu diundang, Ketua Menteri Sarawak ini tetap diterima sebagai tetamu. Dengar-dengar cerita, Azmin Ali sebenarnya sudah pun berada dalam senarai NTL Kerajaan Negeri Sarawak tetapi akhirnya dia dibenarkan masuk ke Sarawak selaku ketua yang memimpin sebuah Kerajaan Negeri lain.

Hak untuk menerima atau menolak pelawat ke negeri Sarwak ini adalah hak kepmimppinan negeri selari dengan 18 points agreement yang konon dijuangkan oleh Pakatan Rakyat.


Begitu murah hati kerajaan Negeri Sarawak, namun Azmin terus bersikap kurang ajar. Pasti rakyat Sarwak boleh lihat betapa biadap pelawat Pakatan Rakyat dari Semenanjung. Tidak menolak kemungkinan permintaan untuk jumpa Tan Sri Adenan Satem hanya helah Azmin untuk buat permintaan yang tak disangkakan akan diterima

Barangkali tidak cukup pandai menurut standard Azmin Ali dan PKR, tapi sebenarnya layanan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas Azmin Ali adalah perangkap Adenan Satem yang menjerat dengan kematangan berpolitik.


Meskipun teruk difitnah dan ditohmah oleh PKR dan DAP, Adenan berjaya menyampaikan mesej mesej kepada Azmin supaya berhemah dan beradab dalam politik. Pembangkang yang datang dari Semenanjung perlu hormat orang Sarawak!

Pemimpin PKR yang datang untuk mengajar rakyat Sarawak untuk bersifat biadap dan kurang ajar hanya telah membodohkan diri mereka kerana politik membenci yang dibawa hanya memperlihatkan kebodohan pemimpin Pakatan dalam kurang memahami suasana dan budaya Sarawak.


Sebagai tetamu para pemimpin Pakatan dari Semenanjung yang datang ke Sarawak tidak perlu membawa budaya kurang ajar dan biadap ke negeri itu. Tidak cukupkah mereka menaja SSKM dan Sarawak for Sarawakians yang bertujuan memecahbelahkan rakyat negeri itu? Tidak cukupkah DAP dengan kempen Anti-Christ yang menjadi tunjang kempen semasa PRN tahun 2011?


Gambar ini hanya hiasan dari meme dari pemimpin tertentu dalam PBB yang belum matang dan terikut mainan politik benci ala PKR, DAP dan PASMA supaya Menteri di atas boleh jatuh.

Kematangan Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya adalah perkiraan yang bijak. Jika UMNO wujud, maka PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung pun akan lagi galak dengan politik biadap dan kurang ajar terhadap UMNO.

Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas, sekaligus akan menyeret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.

No comments:

Post a Comment