Friday, December 19, 2014

Puad Zarkashi bukti saman Anwar terhadap Anifah tiada asas

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Seri Puad Zarkashi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Menurut portal The Malaysian Insider, pujukan tersebut berlaku empat hari selepas tarikh 16 September 2008 yang diulang-ulang pihak pembangkang sebagai ‘tarikh keramat’ dalam pertukaran tampuk kerajaan persekutuan.
Puad yang menjadi saksi pembela Datuk Seri Anifah Aman dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar itu berkata, dalam perbualan telefon bersama ketua pembangkang tersebut, Anwar memberitahu, peristiwa ’16 September’ pasti akan berlaku kerana PR telah memiliki bilangan yang cukup, cuma memerlukan seorang lagi ahli parlimen Melayu dari Johor, sepertinya.
Ujar beliau, “Plaintif (Anwar) juga menyatakan dengan nada yang meyakinkan 4 sultan bersetuju dan menyatakan sokongan kepada PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan. Antara negeri yang disebut ialah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor.”
Selain itu, Anwar juga berjanji kepadanya bahawa agenda Melayu akan dilindungi sekiranya beliau menjadi perdana menteri.
Walau bagaimanapun, Puad berkata, dia gementar dengan pujukan Anwar itu  kerana khuatir dengan kemurkaan sultan. Ujarnya lagi, dia kemudian meminta izin plaintif untuk pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah lantas perbualan mereka terhenti setakat itu.
Bersambung di KNC SINI

No comments:

Post a Comment