Sunday, December 7, 2014

Menghampiri PRN, Aziz dan Audie patut serang siapa tembak sesama sendiri


Message berikut sedang tersebar luas:


Satu gambar tersebar menuduh YB Dato Fadillah menghadiri mesyuarat MKT UMNO.

Tujuannya menggambarkan seolah-olah Fadilah terlalu rapat dengan UMNO dan bercita-cita mahu bawa UMNO ke sarawak. Ini bertujuan untuk buat rakan komponen UMNO di Sarawak marah.

Adakah benar?

FB sebenar Dato Hishamuddin diperolehi dan didapati ianya tak benar.






Maka jelaslah gambar yang dikatakan MKT UMNO adalah hanya mesyuarat dengan Menteri dan KSU memberi penjelasan dan mendengar usul-usul dari Bahagian-Bahagian UMNO.

Salahkah Menteri dari parti komponen BN bekerjasama dengan UMNO?

Fitnah yang cuba dijaja itu pastinya bukan datang dari parti pembangkang tapi dari usaha dalaman parti PBB.

Pembangkang mesti mahu kempen untuk tarik pengundi dan bukan hanya serangan peribadi yang tiada tujuan strategik.

Sepanjang yang berlaku dalam PBB, orang yang kuat memusuhi Fadilah dulu adalah Aziz Adenan, anak Ketua Menteri yang bercita-cita mahu jadi Ketua Pemuda PBB.

Tapi dalam pemilihan yang lepas, dia hanya bertanding Naib Ketua Pemuda dan keputusan yang diperolehinya sangat teruk berbandung beberapa calun2 yang bertanding. Hanya mennjukkan dia belum diterima lagi.

Ketika menuju PRN yang lepas, Aziz yang mengetuai UMB PBB banyak melibatkan diri menyerang pemimpin-pemimpin PBB melalui blog-blog yang dia ingat rahsia tapi ramai boleh trace kearahnya hanya dari penulisan.

Malah sebuah portal antarabangsa hari ini pun dikaitkan dengan tangan dan jari jemari Aziz.

Mereka yang dikritik teruk adalah mereka yang dia tidak berkenan, termasuk Fadilah dan abangnya. Malah ia juga usaha mengenakan tekanan terhadap orang tertentu untuk turun.


Sparring partner Aziz dalam kerja-kerja begini pun diketahui ramai adalah Audie Chan yang pernah berada dalam SPDP tapi kini berada di Teras.

Audie dilihat bersama dalam PC pertama Tan Sri Adenan Satem dan juga dalam PC penubuhan Teras.


Entahlah adakah masih lagi Aziz dan audie Chan melakukan tembak calun PBB sendiri? Harap tidak ....

Sementara itu, sebuah blog pula mula menyebarkan tulisan seolah-olah Fadilah, Awang Tengah dan Abang Jo sedang berkelahi sesama sendiri. Blognya di SINI.


Ikut senioriti, Fadilah paling junior berbanding Abang Jo dan Awang Tengah.

Walaupun ia merupakan salah satu pemimpin yang boleh mula diperhati, tidak bijak untuk Fadilah berebut kuasa buat masa sekarang.

Namun jika ada persaingan ianya perkara biasa. Persoalannya apa perlu dihebah-hebahkan perkara ini dan dilakukan serangan terhadap Fadilah sekarang?

Bukanlah kami nak pertahan Fadilah atau ada kepentjngan tertentu. Hanya memikirkan priority sekarang patutnya pada menyerang pembangkang khususnya pihak DAP.

Bukankah sepatutnya dicari titik pertemuan untuk SUPP, PRS dan SPDP untuk berbaik dengan Teras dan UPP yang sama-sama menyokong BN? Haaa ... Audie dalam Teras kan?

Bukan nak tuduh Aziz dan Audie tapi itulah nama yang jadi sebutan di Sarawak kini dan harap bukanlah mereka? Malah Aziz dan Audie patut berganding serang mereka yang masih berkelahi sesama sendiri.

Time to move on and leave behind shallow internal power grab.




No comments:

Post a Comment