Thursday, December 4, 2014

Lama lagi, baru Anwar kembali bergelar saudara


Anugerah Sultan dan hak dia untuk tarikbalik setiap kali penerima tidak lagi memenuhi kelayskkan.


Relax la macai ... kalau dah tolak Raja, kenapa bising anugerah diraja Anwar ditarik?

Bukan ka banyak lagi. Dato Seri dari Penang ada lagi.


Dato Seri To'kong.

Dato Zulkifli Nordin cabar dia serahkan semua gelaran memandangkan dia mahu benar jadukan Msia repablik.

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada titah Tuanku Sultan Selangor yang telah menarik balik gelaran Seri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah yg membawa gelaran Dato' Seri kepada Anwar Ibrahim.

Saya mengucapkan tahniah keatas Paduka Tuanku Sultan atas tindakan yang bertujuan memelihara dan memperkasa martabat dan kedudukan institusi DiRaja Selangor.

Malahan saya mencabar Anwar supaya bersikap gentleman dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor;

2. Mengembalikan semula semua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kerana sebagai Ketum pakatan pembangkang beliau gagal dalam menjalankan amanah mempertahankan institusi DiRaja & Kesultanan Melayu yang tidak habis-habis diserang oleh pembangkang!

3. Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Titah Tuanku Sultan Selangor jelas membuktikan kegagalan beliau!

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Safar 1436

Anwar memang mahu bslik bergelar saudara saja tapi ....


Takda Dato, masih ada lagi gelaran Datin Seri.

No comments:

Post a Comment