Friday, December 12, 2014

Auta Impian Sarawak boleh berjaya jika BN lalai



Impian Sarawak hanya projek skala kecil dan murah yang dijalankan DAP di beberapa tempat tertentu bagi mendapatkan undi pendalaman demi memenangi marginal seat.

Kompangnya berlebih tapi jika dilihat dari gambar2 berikut, ia hanya macam cuti berkelah buat akticis DAP. Tiada lebih dan tiada kurang.




Tapi diwar-warkan seolah-olah DAP boleh selesaikan semua masaalah rakyat pendalaman. Padahal isunya bukan mudah. Rakyat tersebar jauh-jauh antara satu sama lain. Ia memerlukan pembinaan puluhan jika tidak ratusan pekan dan pusat-pusat bandar supaya pengangkutan, barangan dan perkhidmatan dapat dihampiri ke rakyat pendalaman.


Membina infrastruktur jalan, air, letrik dan komunikasi menjadi susah kerana tidak feasible perbelanjaannya.

Oleh itu, projek kecil-kecil untuk beberapa tempat dalam 4/5 kawasan tidak ada impak besar dan hanya rasuah iuntuk membeli undi.

Namun begitu, jika ahli politik sesama ahli politik, penyokong sesama penyokong, parti komponen sesama parti komponen tidak bergerak tangani propaganda demikian dan permainan kausa berterusan.


No comments:

Post a Comment