Wednesday, December 31, 2014

Ada kambing panas bontot lalu salahkan TNB dan tasek kenyir


Khabarnya ada kambing dah mula menggelupar lalu mula nak salahkan TNB dan sg kenyir. Padahal jauh dari tasek kenyir .....


KECOH AIR EMPANGAN TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIR DI KELANTAN?

Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana Both empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.



Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.


Kenapa tidak di kaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan Kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak husam musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan?




King TTimes

Dah sapu balak puluhan juta, bantuan Presiden PASMa.cuma lori kecit!!



Banyak ni saja yang diberi Presiden Pasma, Dato Husam Musa lepas dia jadi penyamun balak utama di Kelantan.




Sampai togel Lojing dibuatnya....



Dia kaya, berkuasa .... tapi rakyat menderita ...



Rakyat dapat sikit2 dari lori kecit PASMA ....





Tuesday, December 30, 2014

Rakyat sengsara bukan Najib, Rosmah puncanya




PUNCA KESENGSARAAN hingga rakyat menangis sengsara, rumah dan harta musnah ....



BUKAN kerana Najib terpaksa main golf dengan Obama atau Rosmah yang bukan ahli politik belum pulang ke Malaysia atau jet kerajaan dipercayai sedang servicing di luar negara.


TERAMAT BANGANG bagi yang konon prihatin terhadap UMNO dan BN tetapi dah perangai macam anarkis seperti Hishamuddin Rais dan Harris Ibrahim untuk guna masa yang tidak sesuai ketika rakyat tengah susah juga untuk cari salah Najib dan Rosmah.

Najib tidak prihatin ke? Sebelum dia ke Honolulu, dia dah turun ziarah mangsa banjir. Dia dah berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin. Sepanjang masa dia pantau keadaan.



YANG TAK TURUN tidak pula si bangang timbulkan. Yang bekerja dan berusaha pula yang dipersalahkan dan dicari titik bengek kesalahan. Memang sikap anarkis pemusnah dan bukan membina.

TURUN PUN pembangkang hanya untuk bergambar dan lakunkan pemberiaan yang tak seberapa.

Kepala pembangkang turun dengan dua trolley.






Kalau ada satu trailer pun dari kerajaan Pulau Pinang, bukan usaha DAP. Mereka kaut duit berbillion dari developer tapi pelokek!!!

Sebab kelantan Melayu, Muslim dan nak adakan hudud, biar mereka mati lemas dan kelaparan.


BUKAN juga puncanya pada salah kerajaan negeri atau pusat atau MKN atau tentera atau polis atau sukarelawan.

NAK TAHU PUNCANYA untuk persalahkan sesiapa, pergi ke asal usul yang menyebabkan masaalah.



Lantaklah orang kata blogger ni pengampu atau pembodek. Ini kebenarannya ...

Tentera dipersalahkan? Tanya 5 pemimpin PR ni ...


Punca banjir adalah Hutan Simpan kepunyaan Ngeh Koo Ham


SALAH SATU PENYEBAB BANJIR YANG BESAR SERTA BERARUS DERAS KERANA LIMPAHAN AIR DARI BUKIT BUKAU TINGGI MENDADAK MENCURAH KEKAWASAN PENEMPATAN KAMPUNG2 & BANDAR2, DI KELANTAN IALAH, KERANA KERAKUSAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL SECARA SISTEMATIK OLEH KERAJAAN NEGERI PIMPINAN NIK AZIZ SELAMA 23 TAHUN YANG LEPAS !



sebagai contoh ...

Hutan Simpan Sungai Relai 
(kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh)

Sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar (10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai dekat sini, gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 


Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac 2012 lalu, dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan. 

Kegiatan balak aktif pada tahun lepas dan terhenti sejak april 2013. Nilai hasil kayu balak mencecah RM30 juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran, hakisan kepada tanah & aliran air hujan terus kawasan rendah yang mengakibatkan banjir ...

HARI INI, RAKYAT KELANTAN SEHARUSNYA LEBIH RASIONAL & BIJAK MEMIKIRKAN KENAPA, BAGAIMANA, BILA & SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP BENCANA BESAR INI, SELAIN DARI AMALAN2 BIASA MENUNDING JARI KE ARAH SEMUA PIHAK KECUALI PAS - KERAJAAN NEGERI YANG MEMERINTAH !

ASBAB2, ISU2 & KES2 TERPENCIL SENGAJA DI ADA2KAN, DI VIRALKAN DI MEDIA MAYA, TIUPAN NISTA DI SETIAP SURAU & MASJID OLEH POLITIKUS2 PAS, YANG CUBA MENUTUP BUKIT BUKAU YANG GONDOL DENGAN LILITAN SERBAN & JUBAH SERTA JANGGUT KAMBING !

MEREKA TIDAK TAKUT AZAB ALLAH, DIKETIKA RAKYAT KELANTAN BAGAIKAN TELUR DIHUJUNG TANDUK, TETAP MENERUSKAN PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN ... TETAP MENCARI APA SAJA ISU YANG BOLEH DIFITNAH, DEMI MEMESONGKAN PEMIKIRAN RAKYAT KELANTAN ... "KENAPA BANJIR BESAR SEBEGINI BERLAKU"
KENAPA DAP MENGGUNAKAN HUDUD, SEBAGAI ALASAN TIDAK AKAN BANTU KELANTAN ? ... ATAU
TAUKEH2 (BALAK) DAP TAKUT KE KELANTAN, KERANA MEREKALAH, PUNCA BANJIR, MEREKA LAH YG PUNYA ANGKARA SEHINGGA HABIS SEGALA HUTAN DI KELANTAN DIGONDOLKAN !


DIKALA PETUGAS2 AGENSI2 KERAJAAN, atm, pdrm, NGO ... BERSUSAH PAYAH MENGHULURKAN BANTUAN, SEMUA POLITIKUS2 PAS SIBUK BERMESYUARAT POLITIK DI "PUTIK" KUNUNNYA UJUDKAN HUDUD, HARI INI JUGA, BOLEH HENTIKAN BANJIR SERTA MERTA ! 
SESUDAH DUA HARI, TAK JUGA LAKSANAKAN HUDUD, YANG DIKATAKAN MESTI DI BINCANGKAN KETIKA KELANTAN BANJIR BESAR !
TAK BOLEH TANGGUH, KUNUNYA ...

TEPAT KATA NABI S.A.W. DI AKHIR ZAMAN AKAN LAHIRLAH PEMUKA2 AGAMA YANG TAMAK HALOBA, BERSELINDUNG DISEBALIK SERBAN JUBAH JANGGUT BAGAI ... SEOLAH2 MEREKA MAKSUM, SEMPURNA, MEREKA AHLI2 SYURGA (KUNUN NYA) ... TAPI HAKIKATNYA HARI INI, MEREKA TAK MEMPERDULIKAN APA PUN, WALAU NYAWA RAKYAT SEKALI PUN SBG GALANG GANTI, DEMI MENGEJAR KEDUDUKAN KEMEWAHAN DUNIAWI !


Facebook Stringsvii

Monday, December 29, 2014

Sukarelawan IM4U dah lama rancang untuk banjir


10,000 Khemah IM4U Akan Diedar Kepada Mangsa Banjir

IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

“Inisiatif ini timbul dah lama…kami ingin memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

“Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang di sini, hari ini.


Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.

“Kita edarkan di Kelantan terlebih dahulu di jajahan Kota Baharu dan selebihnya kita akan edarkan di negeri terjejas banjir yang lain seperti Terengganu dan Pahang.

“Mangsa banjir di pusat pemindahan kelihatan gembira menerima khemah itu dan mereka juga ada menyatakan barang-barang lebih selamat bila berada dalam khemah,” katanya.

Seorang penerima Khalid Mat Noor, 54, yang berada di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka berkata beliau dan anggota keluarga merasa lebih selesa apabila menggunakan khemah IM4U.

“Memang khemah ini amat bermakna… saya amat berterima kasih kepada IM4U kerana menyediakan kemudahan seperti ini. Ia memberi lebih keselesaan dan rasa lebih selamat berada di dalam khemah ini…anak saya juga rasa lebih selesa,” katanya.

BERNAMA

Sapa kata tiada yang rancang untuk banjir?

Lancau lah Anwar!!! Dah 9 hari ... masih silap mata, tak mahu turun


Dah 9 hari banjir, baru sibuk nak cakap pasal bersatu.

Selama banjir, budak2 kau tak langsung bersatu tapi hanya buat fitnah dan.huru hara.


--------------------

Kita Perlu Bertindak Sebagai Satu Pasukan

Kejadian bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia dan telah memberi kesan kepada lebih 220,000 orang di 5 buah negeri dan mengakibatkan kerosakan kepada terlalu banyak harta benda awam dan peribadi. Pada masa yang sama, begitu ramai rakyat Malaysia - tanpa mengenal usia, jantina, kaum, mahupun beda politik - telah tampil menghulurkan bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan, dan tenaga.

Saya telah berhubung dengan Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu. Saya juga telah mengarah seluruh jentera parti di semua negeri agar turut membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan di mana air bah telah surut.

Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal.

Saya juga mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang telah musnah akibat banjir besar ini.

Saya, Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami semua yang terkesan.

ANWAR IBRAHIM

29 Disember 2014

--------------------

Mesej ni ada dua tujuan;

1. Minta budak2nya berhenti fitnah dan buat huru hara kerana rakyat naik benci.

2. Helah untuk mohon kesian dan minta berhenti dari serang dirinya pasal pergi holiday sebelum dia masuk penjara.

Dia masih di Uk

Dia juga buat kenyataan supaya dia tak dilihat sepi supaya dia masih terus holiday.

Dia cakap saja. Bukan dia turun untuk turut bersama rakyat.

Agak-agak, apa yang Mat Sabu buat berendam dalam air?

Sila tanda salah satu jawapan. Soalan menilai intelligence mcm PT3.

a) Berendam sambil buang air kecil.
b) Nak jadi lebih rendah dari orang lain
c) Buat persepsi seolah-olah paras air sampai.
d) Suka-suka nak main air dan ambik gambar holiday.
e) Normah suruh



Zairil tak sedar DAP hanya sewa PPinang dari Kedah?

Mana laporan polis  Zairil? 

Berikut kenyataan anak tiri Tan Sri Khir Johari yg tak sedar diri dia anak angkat dan bapak dia cinabeng PAP singapork dan sepatutnya warganegara Singapork:

---------------

Saturday, December 27, 2014



DAP AMBIL KESEMPATAN TUNTUT PEMISAHAN PULAU PINANG DARI MALAYSIA DARI KEKALUTAN MUSIBAH BANJIR!!!

DAP menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata kontrak Persekutuan yang dimaterai sejak 51 tahun lalu itu perlu dikaji semula.

“Negara kita pada dasarnya mengamalkan sistem persekutuan, iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri bersekutu yang disatukan di bawah payung kerajaan pusat. Contoh negara bersekutu yang lain adalah seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan India.



Di negara-negara tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian, manakala kerajaan pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri. Perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan pula ditentukan oleh perlembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat.

“Malangnya, sistem perundangan, pentadbiran dan fiskal di negara kita tidak mirip langsung dengan negara persekutuan yang lain. Tadbir urus negara kita dalam kebanyakan bidang adalah sangat terpusat, jika tidak lebih terpusat berbanding negara kesatuan (unitary states). Malah, kemungkinan besar Malaysia merupakan antara negara persekutuan yang paling terpusat di dunia. Contoh paling jelas pemusatan kuasa yang berlebihan di negara kita ini adalah hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan Persekutuan merangkumi lebih 90 peratus daripada semua perbelanjaan kerajaan setiap tahun,”kenyataan Zairil dalam roketkini semalam dipetik.



Sambil memuji kerajaan negeri Pulau Pinang, Zairil berkata negeri itu telah menyumbang separuh daripada eksport elektrik dan elektronik Malaysia, satu pertiga daripada eksport pembuatan, dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara.

[Ekspot elektrik dan elektronik kebanyakan dtg dr ZPB Penang. Sapa yg bangunkan, majukan dan bawa pelabur datang......DAP ?]

“…adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara,” katanya.



Maka, atas sebab-sebab ini, usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

“Jelas, sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri, membuat pinjaman wang untuk membiayai pembangunan infrastruktur, serta tidak diberi kuasa untuk menguruskan tandas awam sendiri.

“Kuasa tadbir urus yang diagihkan dengan baik sudah tentu dapat memakmurkan demokrasi yang lebih bermakna, menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi serta memupuk pembangunan yang lebih saksama dan lestari.

“Justeru, satu kajian semula kontrak persekutuan negara kita amat diperlukan, khususnya dalam persekitaran pasca-2008, di mana sudah jelas bahawa pemusatan berlebihan dalam hal ehwal pentadbiran adalah tidak selari dengan kerencaman negara kita serta terbukti gagal untuk memenuhi hasrat dan impian rakyat Malaysia,”katanya lagi.

----------------

Padahal Khir Johari orang yg terlibat dalam proses kemerdekaan. 

Anak xxx dia pulak nak menuju ke arah keluar Msia. Hanya sahkan DAP salah satu dalang nak Sabah dan Sarawak kluo Malaysia.



Bagi Cina DAP yang tak tahu sejarah dan mengenang budi, hangpa cuma menumpang atas tanah Kedah.

Kalau federal stop bayar sewa, pasal mana2 kewajipan dan tanggungjawab British diambilalih oleh kerajaan pusat, Penang pulang ke Kedah.

Mungkin lebih elok Kedah serah pada pusat dan jadikan Penang wilayah persekutuan saja. Merepek cara DAP bangunkan.


http://www.anwaraidc.com/?p=52182